Monday, June 16, 2008

BUDAYA PLAGIAT !!!

Plagiat adalah satu budaya copy meng-copy, atau copy and paste, ceduk menceduk, atau dengan bahasa yang tidak sopan boleh dikatakan mencuri sesuatu rencana, artikel, hasil nukilan atau tulisan orang lain tanpa menyatakan sumbernya (Ta'arif sendiri..insya'Allah betul).

Budaya kurang sihat ini cukup subur di kalangan kelompok mahasiswa. Mengikut kajian, kelompok mahasiswa banyak terlibat dengan budaya ini berbanding kelompok-kelompok lain. Kita harus sedar bahawa plagiat adalah satu kesalahan yang serius kerana ia tidak dapat membantu pada percambah dan perolahan sesuatu ilmu, malah menyumbang kepada suatu keadaan yang merugikan banyak pihak.

Para Ulama' telah menfatwakan bahawa harta intelek adalah harta peribadi, sama seperti harta-harta lain, jika kita mengambilnya tanpa saluran yang betul hukumnya adalah HARAM. Pada masa yang sama Ulama' juga membolehkan bagi mereka(Pelajar) untuk menceduk sesuatu ilmu yang ada di dalam kitab jika tidak berkemampuan dari segi keewangan untuk membeli kitab tersebut.

Elakan dari budaya kotor ini, kerahkan tenaga perahkan minda untuk mengeluarkan sesuatu artikel atau tulisan, serlahkan bakat anda, yakinlah pada diri sendiri, anda mampu mengubahnya.

No comments: